Pertemuan Taiping 1945 Indonesia raya

Pada 13 Ogos 1945, Ir Sukarno dan Drs Mohammad Hatta telah bertemu dengan Leftenan Kolonel Ibrahim Yaakob, Drs Burhanuddin Helmi dan Majar Jeneral Umezu di bandar Taiping, Perak. Taiping merupakan ibu negeri Perak semasa pemerintahan Jepun dan amat maju berasaskan ekonomi bijih timah. Pertemuan ini berlangsung selama 45 minit sahaja. Sukarno dan Hatta dalam perjalanan pulang dari Saigon, Vietnam ke Jakarta, Indonesia.[1]

Pemimpin Indonesia ini diiktiraf oleh komander Jepun di Indonesia.

Rancangan tentera Jepun dipersetujui untuk memerdekakan Tanah Melayu di bawah Indonesia.